Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for healthcare industry professionals · Thursday, July 18, 2024 · 728,594,050 Articles · 3+ Million Readers

Banle Energy Berjaya Menyiapkan Perkhidmatan B24 Biofuel Bunkering di Pelabuhan Klang yang Pertama di Malaysia

Pasaran Bahan Api Marin Hijau Global Dijangka Meningkat kepada USD 201.35 Bilion menjelang 2030, pada CAGR 50.4% bermula 2023-2030

/EIN News/ -- HONG KONG, July 18, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 28 Jun dan 10 Julai 2024, Banle Energy International Limited, anak syarikat Banle Group (NASDAQ: BANL) (“Banle” atau “Group”) di Hong Kong iaitu sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia-Pasifik (“Banle Energy”), mengumumkan kejayaan menyiapkan dua perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 untuk Yang Ming Marine Transport Corporation (“Yang Ming”) yang merupakan salah satu daripada 10 syarikat penghantaran kontena terbaik di dunia. Kejayaan ini dicapai dengan kerjasama Green Marine Supply SDN. BHD. (“Green Marine Supply”) dan Armada Meridian SDN. BHD. (“Armada Meridian”) Pelabuhan Klang di Malaysia, melakar sebagai pembekal bunker biobahan api pertama di pelabuhan tersebut, sebagai mewakili langkah penting yang telah diambil oleh Group dalam menyahut seruan global transformasi rendah karbon dalam sektor industri perkapalan.

Dengan menerima pakai Strategi International Maritime Organization (IMO) 2023 mengenai Pengurangan bagi Green House Gas (GHG) daripada Kapal dan Peraturan FuelEU Maritime yang mempercepatkan penyahkarbonan bahan api kapal, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, Banle Energy telah secara proaktif merebut peluang dengan mendapatkan pensijilan ISCC EU, yang mana ia merupakan pensijilan bertujuan untuk biofuel dan tenaga di EU, yang diiktiraf oleh European Commission (EC) untuk Renewable Energy Directive (RED II) dan pensijilan ISCC Plus, iaitu pensijilan yang bertujuan untuk makanan, bahan makanan, produk berasaskan bio, tenaga dan biofuel di luar Eropah dan/atau di luar skop RED II, seawal 2023, meletakkan dirinya sebagai salah satu fasilitator bunker perintis dalam industri bahan api marin hijau.

Dalam perbincangan iklim Bonn pada 3 Jun 2024, IMO menggariskan kemajuan terkini dan rancangan untuk menyahkarbon perkapalan global menjelang 2050, ini termasuklah sasaran keazaman untuk mencapai sekurang-kurangnya 5% daripada tenaga yang digunakan oleh perkapalan antarabangsa adalah pelepasan bahan api sifar menjelang 2030. Menurut Dana Pampasan Pencemaran Minyak Sumber Kapal China, ini membayangkan bahawa industri perkapalan, yang menggunakan hampir 400 juta tan bahan api tradisional setahun, akan diperlukan untuk mengurangkan dan menggantikan bahan api tradisional sebanyak 20-40 juta tan menjelang 2030, dengan bahan api alternatif baru muncul seperti biofuel, LNG, LPG dan metanol. Kejayaan Banle Energy menyiapkan perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 menunjukkan dedikasinya terhadap matlamat global ini.

Memandangkan industri perkapalan mempercepatkan usaha untuk memenuhi matlamat penyahkarbonan, terdapat aliran peningkatan yang sepadan dalam kedua-dua penggunaan bahan api marin hijau dan potensi pasarannya. Menurut syarikat penyelidikan pasaran yang terkenal di peringkat antarabangsa Exactitude Consultancy, pasaran bahan api marin hijau global dijangka berkembang daripada USD 11.57 bilion pada 2023 kepada USD 201.35 bilion menjelang 2030, dengan CAGR sebanyak 50.4% dalam tempoh ramalan. Menyedari peluang yang menggalakkan ini, Group telah mengukuhkan komitmennya untuk meneroka dan mengembangkan portfolio pilihan bahan api alternatif yang tersedia untuk pelanggan.

Pelabuhan Klang ialah pelabuhan terbesar di Malaysia dan antara 20 pelabuhan tersibuk yang teratas di dunia, diletakkan di negeri pengeluar utama bagi KDNK negara, menonjolkan peranan pentingnya dalam ekonomi Malaysia.

Biobahan api B24 ialah campuran Used Cooking Oil Methyl Ester (UCOME) dan bahan api marin tradisional. Berbanding dengan bahan api marin tradisional, campuran biofuel B24 diunjurkan dapat mengurangkan kira-kira 20% daripada pelepasan Greenhouse Gas (GHG). Perkongsian antara kilang penapisan tempatan dan Banle Energy ini bukan sahaja memastikan bekalan biobahan api yang stabil di rantau ini, tetapi juga menyediakan sokongan padu untuk pengembangan perniagaan BANL di rantau Asia-Pasifik.

Teck Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, melahirkan rasa bangganya kerana berjaya mencapai pencapaian penting ini, dengan menyatakan, “Kami berbesar hati untuk memudahkan perkhidmatan penampungan biofuel B24 yang pertama di Pelabuhan Klang. Pencapaian ini bukan sahaja menandakan satu langkah penting dalam perjalanan pembangunan mampan Kumpulan tetapi juga menunjukkan sumbangan kami kepada peralihan rendah karbon industri perkapalan global. Banle Energy akan terus mengembangkan skop perniagaannya dan terus komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pemilik kapal, mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pembekal bahan api kapal terkemuka di rantau Asia-Pasifik.”

Kapsyen Foto
Banle Energy berjaya melengkapkan perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 Pelabuhan Klang yang pertama di Malaysia

Mengenai Kumpulan Banle

Ditubuhkan pada 2015, CBL International Limited (Nasdaq: BANL) ialah kenderaan penyenaraian Banle Group, sebuah syarikat logistik bahan api marin yang bereputasi di rantau Asia Pasifik. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggan untuk mengisi semula minyak kapal. Aktiviti perniagaan Banle Group tertumpu terutamanya di lebih 55 pelabuhan utama meliputi Belgium, China, Hong Kong, Jepun, Korea, Malaysia, Mauritius, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki dan Vietnam, sehingga setakat 15 Mei 2024. Kumpulan tersebut secara aktif mempromosikan penggunaan bahan api alternatif dan dianugerahkan dengan pensijilan ISCC EU dan ISCC Plus.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat kami, sila lawati tapak web kami di: https://www.banle-intl.com.

Pernyataan prospektif

Sesetengah pernyataan dalam pengumuman ini bukanlah fakta sejarah tetapi pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif biasanya disertai perkataan seperti “percaya,” “mungkin,” “boleh,” “akan,” “anggarkan,” “teruskan,” “jangkakan,” “bertujuan,” “jangka,” “merancang,” “patut,” “akan,” “rancangan,” “masa hadapan,” “harapan,” “potensi,” “unjur” dan ungkapan serupa yang meramal atau menunjukkan peristiwa atau trend masa hadapan atau yang bukan pernyataan atau hal ehwal sejarah, tetapi ketiadaan perkataan-perkataan ini bukanlah bermakna sesuatu pernyataan bukan pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada pernyataan tentang anggaran dan ramalan metrik prestasi dan unjuran peluang pasaran. Pernyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui serta berdasarkan pelbagai andaian, sama ada dikenal pasti atau tidak dalam siaran akhbar ini dan dalam jangkaan pengurusan BANL serta bukanlah ramalan prestasi sebenar. Pernyataan prospektif ini diberikan untuk tujuan gambaran sahaja dan bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai dan tidak boleh dibuat bergantung harap oleh sebarang pelabur sebagai jaminan, ramalan atau pernyataan muktamad untuk fakta atau kemungkinan. Peristiwa dan keadaan sebenar adalah sukar dan mustahil untuk dijangka dan akan berbeza daripada andaian. Banyak peristiwa dan keadaan di luar kawalan BANL. Beberapa faktor penting yang mungkin menyebabkan hasil sebenar jauh berbeza daripada dalam pernyataan prospektif boleh termasuk perubahan dalam perniagaan domestik dan asing, keadaan pasaran, kewangan, politik dan undang-undang. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah sebarang pernyataan prospektif secara awam bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku kemudian, atau perubahan jangkaannya, kecuali yang mungkin diperlukan oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif ini adalah munasabah, ia tidak dapat memberi jaminan kepada anda bahawa jangkaan tersebut akan betul dan Syarikat memberi amaran kepada pelabur bahawa hasil sebenar mungkin jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur untuk menyemak faktor lain yang boleh menjejaskan keputusan masa depannya dalam penyataan pendaftaran Syarikat dan pemfailan lain dengan SEC.

CBL INTERNATIONAL LIMITED
(Diperbadankan di Kepulauan Cayman dengan liabiliti terhad)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
CBL International Limited
E-mel: investors@banle-intl.com

Strategic Financial Relations Limited

Shelly Cheng Tel:(852) 2864 4857
Iris Au Yeung Tel:(852) 2114 4913
Emel: sprg_cbl@sprg.com.hk


Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f795d16f-8ecb-4aaf-b8e3-2323e53e5b0b


Primary Logo

Powered by EIN News
Distribution channels: Media, Advertising & PR


EIN Presswire does not exercise editorial control over third-party content provided, uploaded, published, or distributed by users of EIN Presswire. We are a distributor, not a publisher, of 3rd party content. Such content may contain the views, opinions, statements, offers, and other material of the respective users, suppliers, participants, or authors.

Submit your press release